Mangsa kemalangan disangka mati diselimut kain putih

Mangsa kemalangan disangka mati diselimut kain putih

JOHOR BAHRU: Dua mangsa kemalangan di Lebuh Raya Perling berhampiran Sungai Danga di sini, yang disangka maut oleh pengguna jalan raya berdasarkan keadaan kereta yang remuk pada awal pagi ini, sebenarnya hanya cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor pihaknya terima panggilan kecemasan jam 2 pagi nahas yang membabitkan seorang lelaki 25 tahun dan perempuan 20 tahun.

“Sebuah jentera dengan kekuatan 12 anggota dikerah ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nazaruddin Ahmad.

“Kemalangan membabitkan Proton Wira yang terbabas. Dua mangsa tersepit sebelum mereka dikeluarkan dengan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa kemudian diserahkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan manakala operasi tamat jam 3.19 pagi.

Terdahulu, beberapa pengguna jalan raya memuatnaik gambar lokasi kejadian, kereta serta mangsa.

Malah berdasarkan keadaan kereta yang remuk serta mangsa yang diselaputi kain putih, ada pengguna jalan raya menzahirkan ucapan takziah kerana menyangka mangsa maut. BH

Mangsa kemalangan disangka mati diselimut kain putih

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker