TMJ smash Sumareh

TMJ smash Sumareh

Budaya membodek dalam pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebenarnya tidak berapa menjadi terutama jika mahu terus kekal bersama barisan pemain skuad Harimau Selatan itu.

Malah, limpahan individu berkualiti dan hebat dalam pasukan terbabit menyebabkan semua pemain perlu berusaha keras bagi memastikan nama mereka terus menjadi pilihan untuk beraksi bersama skuad utama.



Situasi terbabit ditekankan pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberikan kata-kata ‘pedas’ kepada pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh.

Menerusi satu hantaran video di Instagram JDT, Sumareh menyatakan TMJ adalah idolanya dalam bola sepak.

Namun, dibalas dengan kata-kata supaya pemain berkenaan berhenti membodek beliau dan fokus kepada persembahannya.

“Jangan bodek saya kerana saya akan tetap kenakan awak nanti,” katanya dalam satu ruangan komen di Instagram Johor Southern Tiger.



Sebelum ini, Tunku Ismail terkenal dengan ketegasan terhadap pemain terutama dalam memastikan anak buahnya sentiasa berada dalam keadaan terbaik untuk memastikan kelab terus mencipta kejayaan.

Untuk rekod, Sumareh hanya beraksi sebanyak 12 perlawanan dalam kesemua pertandingan dan mencatatkan dua gol dan dua bantuan gol pada musim lalu.

Skuad Harimau Selatan kini dalam fasa latihan bagi persediaan untuk menghadapi siri perlawanan persahabatan pra musim menjelang musim baharu ini. HM

TMJ smash Sumareh



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang



Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker