Guru didakwa sengaja beri wang Bantuan Awal Persekolahan dengan jumlah kurang RM50
PETALING JAYA – Tular di media sosial hari ini, perkongsian seorang wanita yang mempersoalkan tindakan seorang guru dengan sengaja mengurangkan jumlah asal wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM100.
Berdasarkan rakaman video di TikTok, Shuhada, dia mendakwa guru tersebut tidak jujur apabila hanya menyerahkan RM100 sahaja kepadanya ketika hadir mengambil wang BAP di sekolah anaknya.
Sebagai info, kerajaan telah memperuntukkan BAP sebanyak RM150 kepada semua murid yang masih bersekolah dan diagihkan secara tunai pada bulan ini.
Namun, berbeza dengan situasi wanita itu, guru bertugas di kelas anak bongsunya memaklumkan wang BAP hanya RM100 bagi seorang pelajar.
“Hari ini saya pergi ambil duit BAP tu. Setiap murid dapat RM150. Dekat sekolah tu ada tiga orang anak saya pergi ambil.
“Kelas pertama yang anak saya darjah lima, betul dapat RM150. Kemudian saya ke kelas nombor dua, anak bongsu darjah dua dan cikgu lelaki bagi saya RM100,” katanya tanpa mendedahkan nama sekolah berkenaan.
Bercerita lanjut, Shuhada berasa hairan dan segera menanyakan kepada guru terbabit sekiranya dia silap membuat pengagihan.
“Guru itu jawab memang RM100 dan tiada silap, aku tak cakap banyak, aku tulis surat apa semua, aku ambil.
Shuhada kemudiannya terus ke kelas seorang lagi anaknya yang berada di tahun enam dan bertanya pada guru bertugas lain mengenai jumlah sebenar BAP.
“Cikgu, saya nak tanya bantuan awal ini bukan RM150 ke? Cikgu itu jawab, ya puan, RM150.
“Masalahnya, cikgu itu tadi bagi pada saya RM100. Kalau ada penolakan duit PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) atau apa-apa ke kena cakap,” jelasnya.
Aduannya itu telah mengejutkan guru wanita berkenaan yang kemudiannya bertindak berjumpa dengan guru lelaki tersebut yang didakwa mengurangkan wang BPA sebanyak RM50 kepada ibu bapa.
“Selepas jumpa, cikgu lelaki itu dengan muka tak bersalah mengeluarkan duit dari fail dan serahkan kepada cikgu perempuan dan kemudian diserahkan kepada saya RM50 lagi,” katanya.
Tambah Shuhada lagi, dia berkongsi insiden tersebut di dalam kumpulan WhatsApp kelas anaknya yang terdiri daripada ibu bapa murid-murid lain dan lebih mengejutkan apabila ada di antara mereka turut mengalami perkara sama.
“Dah ada mak bapa (ibu bapa) yang bersuara. Katanya kenapa bantuan ini ada yang dapat RM150, ada dapat RM100? Nampak sangat cikgu itu macam nak songlap (ambil) duit,” luahnya.
Dalam pada itu, rata-rata orang ramai terkejut dengan pendedahan wanita berkenaan dan mereka menggesa pihak Kementerian Pendidikan (KPM) segera bertindak dan siasat mengenai perkara tersebut
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lewat hantar minuman, pekerja restoran cedera diparang 2 lelaki
- Tayang badan, bukan buat adegan panas – Ikmal
- Kantoi berbogel bersama ibu mentua
- ‘Virus’ serang sesama sendiri susahkan Kerajaan Perpaduan – Shabery
- Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson
- ‘Skim beli rumah sambung bayar tak sah’
- KWSP jadi cagaran rumah
- Peluang terakhir, Najib Razak tiba di Mahkamah Persekutuan
- Penubuhan Majlis Ulama UMNO, ini komen Murshidul Am PAS
- Gopal Sri Ram Ketua Pendakwaan kes Najib dimasukan ke ICU
- Tular: Kemalangan kanak-kanak tercampak, polis kesan pemilik kenderaan
- Shah Rukh Khan pelakon terkaya Asia, ke-4 dunia
- Tak Sangka Patung Buddha Di Kelantan Lebih Tinggi Dari Patung Jesus Di Brazil!
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”