‘Raja judi’ Macau dihukum penjara 18 tahun

MACAU – Seorang ‘raja judi’ di Macau dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana menjalankan sebuah empayar perjudian haram, lapor laman berita Wion News semalam.

Pengerusi Suncity Group, Alvin Chau, 48, bertanggungjawab merintis industri junket yang membawa pelanggan judi dari tanah besar China ke Macau.

Pengendali junket biasanya menerima komisen sama ada dalam bentuk wang tunai atau ganjaran bukan kewangan lain daripada kasino.

Alvin ialah pengerusi Suncity Group sehingga Disember 2021, sebulan selepas penahanannya.

Laporan oleh agensi berita AFP mengatakan bahawa pendakwa raya mendakwa Alvin dengan 289 pertuduhan penipuan, pengubahan wang haram dan perjudian haram.

Hakim Lou Ieng Ha mendapati lelaki berusia 48 tahun itu bersalah kerana menipu, menjalankan sindiket jenayah dan mengendalikan pertaruhan haram.

Bagaimanapun, beliau membebaskan Alvin dari tuduhan pengubahan wang haram.

Selain hukuman penjara, Alvin juga diperintahkan membayar AS$834 juta (RM3.6 bilion) kepada kerajaan Macau dan AS$275 juta (RM1.19 bilion) kepada lima daripada enam pengendali kasino di bandar itu.

Peguam Chau berhujah bahawa beliau tidak mengendalikan sebarang perjudian haram atau melakukan pengubahan wang haram, sambil menambah bahawa tiada seorang pun daripada ahli Kumpulan Suncity mempromosikan perjudian di tanah besar China. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker