Pesta makan jadi pesta maksiat diarah tutup, peniaga bengang gara-gara pihak penganjur [VIDEO]

KLUANG: Puluhan peniaga berasa teraniaya dengan tindakan tidak sensitif penganjur yang membiarkan aksi gelek mencemari suasana sebuah pesta makan dekat Simpang Renggam di sini.

Akibatnya mereka mendakwa kerugian ribuan ringgit selepas pihak berkuasa mengarahkan pesta itu ditamatkan serta merta.

Pembatalan itu dipercayai dilakukan selepas isu itu tular menerusi media sosial, selain mengundang kecaman orang ramai.



Netizen berang terhadap aksi sumbang sekumpulan lelaki dan wanita berkenaan lebih-lebih lagi ketika ini umat Islam di Gaza Palestin sedang berduka.

Seorang peniaga terjejas, mendakwa mengalami kerugian ribuan ringgit kerana jualan tidak balik modal.

“Saya sudah berniaga sejak Jumaat hingga Selasa lalu meskipun cuaca tidak menentu.



“Setiap hari hujan sehingga ke malam. Jualan rata-rata peniaga di bawah RM100 sehari dengan pekerja yang ramai.

“Barang mentah kami sudah beli dengan banyak termasuk menanggung kos logistik, malah ada peniaga dari jauh seperti Pahang dan Kelantan,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa sepatutnya mengarahkan penganjur membatalkan acara hiburan dan pentas sahaja, bukannya membatalkan keseluruhan pesta makanan itu.

“Pembatalan terus (pesta makan) ini menjadi bebanan buat semua peniaga sehingga kami tak mampu membayar gaji pekerja, ” katanya.



Dalam pada itu, seorang netizen di laman media sosial menyelar acara gelek dangdut dilakukan sekumpulan anak muda yang bercampur lelaki dan perempuan di pesta berkenaan.

“Wahai penganjur tak perasan ke pesta makan ini sudah jadi pesta maksiat.

“Kasihannya orang Simpang Renggam, sudah macam buta tuli dengan apa yang berlalu di bumi Gaza (Palestin),” katanya.

Terdahulu tular di media sosial mengenai isu berkenaan yang mendapat reaksi kecaman netizen mengenai kegiatan tak bermoral itu.



Difahamkan pesta berkenaan sepatutnya berlangsung bermula 20 Oktober lalu sehingga Ahad ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa



Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker