Sarah Yasmine rupanya rakan Anna Jobling

Sarah Yasmine rupanya rakan Anna Jobling

Media sosial digemparkan dengan pengakuan dan pendedahan seorang wanita yang mengaku sebagai kekasih kepada penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine. Rupa-rupanya, wanita tersebut merupakan teman akrab aktres terkenal, Anna Jobling.

Susulan kontroversi Sarah ini, akaun Instagram miliknya telah menjadi sasaran warganet dan dari situ terlihat sebuah video bersama pelakon popular tersebut dengan kapsyen yang menarik perhatian netizen.



Hantaran penghargaan, terima kasih kerana menunjukkan kepada saya rasa kebahagiaan yang sebenar selama tiga hari ini dan menjadi rakan rapat paling hebat.

Terdahulu, Sarah tampil dengan kenyataan di Instagram mendedahkan hubungannya bersama Aliff dan menceritakan kronologi tentang rancangan aktres Ruhainies yang didakwa bersubahat dengan Aliff untuk memecah belahkan rumah tangga Bella Astillah.

Kata Sarah, tujuan hantaran tersebut adalah bagi membuka mata orang ramai tentang sifat Ruhainies dan juga sedikit sebanyak ingin membersihkan nama kekasihnya itu.

Terdahulu, Aliff Aziz dilaporkan ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu. Bn



Sarah Yasmine rupanya rakan Anna Jobling

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau



Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker