Cik Epal Pertikai Gelaran Chef Bekas Suami

‘Kau Tak Pernah Layak, Sedar Diri Sikit’

Cik Epal Pertikai Gelaran Chef Bekas Suami

Cik Epal Pertikai Gelaran Chef Bekas Suami

Pempengaruh media sosial, Cik Epal mencuri perhatian apabila meluahkan rasa setuju terhadap hantaran yang dimuat naik seorang individu berkaitan bekas suaminya, Jofliam di aplikasi Threads.

Cik Epal Pertikai Gelaran Chef Bekas Suami

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan memuat naik tangkap layar Instagram Story (IGs) Jofliam yang memaparkan doh pizza yang dibuatnya sambil menggelarkan dirinya sebagai seorang chef.

Individu tersebut turut memuat naik video perkongsian dibuat Chef Dave mengenai liku-liku perjalanan sebelum dirinya ditabalkan sebagai seorang chef yang bertauliah.

‘Kau tak pernah layak’

Cik Epal Pertikai Gelaran Chef Bekas Suami

Hantaran itu kemudiannya meraih perhatian Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud yang bersetuju dengan individu tersebut.

Ujar Cik Epal, bekas suaminya itu tidak layak dan tidak boleh sesuka hati untuk menggelarkan dirinya sebagai seorang chef.

Tak boleh suka hati ja nak guna (gelaran) chef itu.

Kau tak boleh memandai gelar kan diri kau chef.

Kau tak pernah layak, sedar diri sikit.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila segelintir tetamu yang hadir ke rumah terbuka dan majlis meraikan perkahwinan Jofliam dan isteri, Dewi meluahkan rasa kecewa dengan pizza wagyu yang dihidangkan.

Dakwa mereka, pizza yang dihidangkan tidak sama seperti yang dijual oleh usahawan tersebut.

Malah, ada yang mendakwa hidangan itu dalam keadaan agak hangus apabila bahagian atas pizza sudah kelihatan warna hitam.

Sebelum ini, Jofliam memberitahu bakal mengagihkan pizza wagyu secara percuma bagi 300 terawal sebagai cara meraikan perkahwinannya dengan Emira Delyati Dewi.

Sumber: Threads

Cik Epal Pertikai Gelaran Chef Bekas Suami

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker