Menteri Agama, Perpaduan tidak perlu timbalan

PUTRAJAYA: Jawatan Menteri Agama dilihat memadai tanpa pelantikan timbalannya bersandarkan tanggungjawab yang ada kerana banyak institusi hal ehwal Islam sudah diwujudkan di peringkat Persekutuan dan Wilayah Persekutuan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar Perlembagaan, Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, ini kerana pelantikan Menteri Agama adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia dibuat setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Ia mengikut Perkara 2(1)(c) Peraturan Baru Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) 2022 yang diisytiharkan pada awal tahun ini susulan ketetapan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-258.



Beliau berkata, atas pertimbangan itu, ia berkemungkinan menunjukkan Majlis Raja-Raja berpuas hati dengan tiada seorang Timbalan Menteri Agama buat waktu ini.

“Pelantikan seorang Menteri Agama sedemikian rupa adalah pendekatan yang diperkenan Majlis Raja-Raja agar amalan Islam dibuat menurut kaca mata sebenar tanpa dipengaruhi kepentingan kepartian.

“Hal ini mengukuhkan kedudukan ajaran Islam yang bukan sahaja merupakan agama bagi negeri, bahkan agama bagi Persekutuan. Melalui pelantikan seorang tokoh Islam yang tidak mewakili politik kepartian, setiap pandangan yang diberikan menteri tersebut akan lebih dihormati kerana tidak terikat dengan pegangan kepartian,” katanya di sini semalam.

Dalam senarai 27 pelantikan timbalan menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, portfolio agama dan perpaduan tidak dinamakan sekali gus mencetuskan tanda tanya sama ada ia akan dibuat kemudian atau memang tiada lantikan untuk jawatan itu.



Wan Ahmad Fauzi berkata, sekiranya Perdana Menteri mahu membuat pelantikan Timbalan Menteri Agama, maka sewajarnya perlu juga mendapat perkenan Majlis Raja-Raja mengambil kira semangat Peraturan MKI.

Katanya, isu agama ini agak mustahak agar tiada pihak yang mungkin terpengaruh untuk memberi tafsiran ajaran agama mengikut kepentingan kepartian.

“Namun, ia bergantung kepada budi bicara Perdana Menteri kerana beliau yang menentukan petunjuk prestasi utama (KPI) dan beban tugas setiap menteri.

“Memadai kerana timbalan menteri membantu tugas menteri jika ada keperluan, jika Perdana Menteri fikirkan tidak perlu pada ketika ini untuk dua kementerian tersebut termasuk Kementerian Perpaduan, pada pandangan saya maka menteri sudah memadai,” katanya.



Sementara itu, Penganalisis Politik dan Pensyarah Kanan Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, menyuarakan pandangan berbeza bahawa jawatan Timbalan Menteri Agama dan Timbalan Menteri Perpaduan tidak boleh dibiarkan kosong dan perlu diisi bagi melengkapkan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemilihan mereka untuk mengisi portfolio berkenaan perlu dibuat dalam kalangan yang tidak mempunyai isu sebelum ini dan harus mempunyai latar belakang bersesuaian.

Beliau berkata, portfolio agama merupakan posisi yang sensitif dan boleh mencetuskan kontroversi jika diisi oleh pemimpin politik atau mana-mana ahli Parlimen.

Katanya, atas sebab itu, jawatan berkenaan dilantik Senator Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang tidak mempunyai latar belakang politik untuk mengisi portfolio berkenaan sebagai menteri.



“Situasi yang sama juga dihadapi oleh Perdana Menteri untuk mengisi semua jawatan timbalan menteri.

“Bagi saya tidak boleh dibiarkan kekosongan tersebut sedangkan zaman Kabinet sebelum ini pun diisi jawatan timbalan menteri bagi portfolio berkenaan. Ini menggambarkan juga dilema yang dihadapi Perdana Menteri untuk memilih calon yang sesuai dan kelemahan membuat keputusan tepat untuk memilih ahli Kabinet,” katanya.

Menyokong pendapat sama, Prof. Dr. P. Sivamurugan dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pelantikan kedua-dua timbalan menteri itu perlu dilantik dalam golongan yang ada kepakaran, tetapi dalam mahu mempertahankan blok-blok sokongan ke atas kerajaan ini, ada kekangan ke atas Anwar.

Maka, katanya, ia boleh dilihat sesiapa yang ada ketokohan dalam bidang tertentu untuk melengkapi perjawatan Menteri yang sudah dilantik sama ada dipilih dalam kalangan ahli Parlimen atau lantikan Senator.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker