Isytihar kerusi Parlimen kosong di Sabah ditentu speaker

Isytihar kerusi Parlimen kosong di Sabah ditentu speaker

Speaker Dewan Rakyat akan menentukan sama ada kerusi Parlimen di Sabah boleh diisytiharkan kosong atau tidak hanya selepas notis mengenai tindakan ‘lompat parti’ dilakukan mana-mana Ahli Parlimen.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun, berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi tugas speaker untuk menentukan kekosongan selepas diberikan notis.



Bagaimanapun, Azhar enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada empat Ahli Parlimen Bersatu di Sabah iaitu Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang) perlu mengosongkan kerusi mereka selepas mengumumkan keluar parti.

“Saya tidak boleh prasangka (prejudge) perkara itu,” katanya menurut Berita Harian.

Pada PRU15, walaupun empat Ahli Parlimen berkenaan merupakan ahli Bersatu, namun mereka bertanding di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sabtu lalu, pemimpin Bersatu Sabah termasuk semua wakil rakyatnya mengumumkan keluar parti.



Dalam kenyataan, ketua menteri yang juga ketua Bersatu Sabah, Hajiji Noor, berkata keputusan itu dibuat selepas menimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.

Beliau berkata, kerajaan negeri ditunjangi Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) juga mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai pembentukan kerajaan perpaduan diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Mengikut undang-undang anti-lompat parti yang dibuat melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen akan kehilangan kerusi jika mereka melompat ke parti lain.

Pengecualian untuk Ahli Parlimen yang dipecat parti atau jika parti mereka dibubarkan atau dibatalkan pendaftaran.



Mengikut prosedur, Ahli Parlimen akan memaklumkan Speaker Dewan Rakyat berlaku kekosongan dan selepas pengesahan, beliau akan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya kerusi itu diisi dalam masa 60 hari. FMT

Isytihar kerusi Parlimen kosong di Sabah ditentu speaker


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah



Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker