Saya pejuang, istiqamah demi UMNO dan tidak mahu tuding jari – Hishammuddin
Saya pejuang, istiqamah demi UMNO dan tidak mahu tuding jari – Hishammuddin
Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menegaskan beliau akan terus melangkah ke hadapan untuk berjuang dan tidak mahu menuding jari menyalahkan sesiapa mahupun parti.
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, beliau adalah seorang pejuang dan akan tetap istiqamah dalam perjuangannya bersama UMNO.
“Walaupun tidak mudah, kita harus terus melangkah ke hadapan untuk berjuang. Saya tidak mahu menuding jari menyalahkan sesiapa. Saya juga tidak menyalahkan parti.
“Saya adalah orang perjuangan dan akan tetap istiqamah demi UMNO – dulu, kini dan selamanya,” katanya dalam hantaran di Facebook – yang pertama setelah lama menyepi selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hishammuddin berkata, beliau kini mempunyai lebih banyak masa untuk terus menyumbang kepada perjuangan parti tanpa berada dalam Kabinet.
Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau memahami kerajaan baharu kini perlu menangani dan menyelesaikan pelbagai isu serta cabaran yang amat mendesak seperti kos sara hidup dan kedudukan ekonomi semasa, demi rakyat dan negara.
“Buat rakan-rakan pimpinan, khasnya daripada BN yang menganggotai Kabinet, saya mengucapkan selamat maju jaya.
“Saya mendoakan agar segala ikhtiar oleh mereka yang diberikan amanah serta tanggungjawab, dipermudahkan,” katanya.
Hishammuddin turut mengulas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk kerusi Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Rabu lalu, yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 16,260 undi, manakala BN pula mengekalkan kerusi DUN Tioman dengan majoriti tipis 573 undi.
“Kebetulan dua siri pilihan raya bagi DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai baru saja selesai. Saya sedang mengkaji dan meneliti keputusan bagi dua kerusi ini untuk melihat ‘mood’ serta sentimen rakyat, khususnya arah sokongan yang diberikan.
“Adalah penting untuk memahami dinamik sokongan itu, terutama dalam mengusahakan kelangsungan dan masa depan parti,” katanya.
Beliau menegaskan, usaha memahami ahli parti adalah penting kerana ia banyak bergantung pada ahli akar umbi yang selama ini setia kepada perjuangan serta penerimaan rakyat terhadap BN.
“Ini mesti diberi perhatian kerana saya percaya dalam perjuangan, jangan sesekali kecewakan mereka yang selama ini setia kepada parti,” katanya. BH
Saya pejuang, istiqamah demi UMNO dan tidak mahu tuding jari – Hishammuddin
Baca Artikel Menarik:
- Menteri Pendidikan diminta rujuk guru, guna fakta dan data
- Tidak masuk akal import telur – Ameer Ali
- 35 nama dikemuka bagi jawatan timbalan menteri
- JPM nafi lantikan Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas
- Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan
- Afif dakwa Saifuddin campur tangan siasatan
- MIC tolak jawatan timbalan menteri
- Kumpulan pesawah tolak cadangan kerajaan lantik lebih banyak syarikat pengimport beras
- Ronaldo berpura-pura gembira lihat gol dijaringkan rakan sepasukan
- FITNAH: PM beri Muhyiddin 3 hari untuk mohon maaf
- Isu BERNAS, Shahidan melompat
- Muhyiddin mesti dedah siapa 42 Ahli Parlimen beri SD – Shahrir
- Menteri Undang-Undang tidak buang masa, pengasingan kuasa peguam negara, pendakwa raya bermula
- Ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang suka bergurau dan berlawak jenaka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.