Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan
Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan
KLANG – Gara-gara dipercayai penipuan wang skim pelaburan dijalankan isterinya, seorang juruteknik kilang ditembak di hadapan rumah Jalan Limau Kasturi, Taman Wangi, pagi tadi.
Mangsa berusia 46 tahun itu cedera di bahagian lengan kanan dan bahagian leher akibat tembakan dilepaskan seorang suspek yang menaiki motosikal.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan daripada seorang perempuan warga tempatan kira-kira pukul 8.55 pagi memaklumkan suaminya ditembak di hadapan rumah mereka.
Katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan telah ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa telah mengalami kesan kecederaan di bahagian lengan kanan dan bahagian leher.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Hasil pemeriksaan X-Ray mendapati satu biji kelongsong disyaki peluru di dalam lengan kanan mangsa.
“Hasil siasatan mendapati suspek disyaki adalah lelaki tempatan menaiki sebuah motosikal warna gelap dan memakai topi keledar bervisor gelap semasa kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata beliau, suspek telah melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dengan mengunakan dua pucuk pistol yang berlainan.
Tambah Hoong Fong, pemeriksaan unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjumpai beberapa barang termasuk dua objek logam disyaki kelongsong peluru di lokasi kejadian.
“Punca kejadian disebabkan disyaki isteri mangsa telah menipu wang skim pelaburan menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati.
“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hazri Raziff di talian 0183204914 atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
K Online terdahulu melaporkan seorang lelaki cedera di lengan kanan selepas terkena tembakan di hadapan rumahnya di Jalan Limau Kasturi di sini hari ini.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa berusia 40 ingin pergi ke tempat kerja. K Online
Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi ‘penjilat’ Anwar – Wan Saiful
- 5 perkara yang sedang diteropong Anwar
- Sukar lupakan kisah manusia ditelan ular sawa
- Agong, Zafrul saksi perjanjian bersejarah Petronas dan syarikat minyak UAE
- Lebih baik PN berhenti berangan, nasihat Rafizi
- Anwar batal kelulusan projek tebatan banjir RM7 bilion
- BN belajar daripada kesilapan – Zahid
- Jangan cabar saya, Anwar beritahu Muhyiddin
- Terima kasih Menteri Luar, Wisma Putra – Norzie Pak Wan Chek
- Selamat Tinggal Muhyiddin, Jeffrey Kitingan sahkan STAR tinggalkan PN secara rasmi
- BN, PH lapor polis kenyataan ‘kerajaan luar tabii’ Sanusi
- Ah Long hantar konco serang lelaki di hospital, rampas kereta mahal
- Lelaki kahwini 20 wanita termasuk anak sendiri mengaku dirinya Nabi
- Tak cakap pun nak nikah – Ogy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j
You must be logged in to post a comment.