Anwar masih bermentaliti pembangkang, bidas pemimpin PAS

Anwar masih bermentaliti pembangkang, bidas pemimpin PAS

Kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim perlu berhenti bersikap seperti pembangkang, yang dilakukannya kini dengan melancarkan serangan kepada pihak lawan, kata seorang pemimpin PAS.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Awang Hashim, berkata pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu masih bermain dengan ilusi dan persepsi untuk mengucar-ngacirkan pemikiran rakyat berbanding menyelesaikan masalah dan memulihkan ekonomi seperti dilaungkannya ketika kempen PRU15.

“Kerajaan berusia kurang sebulan ini tidak menguruskan mereka sebagai kerajaan…masih lagi terikat dengan mentaliti sebagai pembangkang sebab itu kerap serangan, ilusi yang dimainkan untuk mengucar-ngacirkan pemikiran rakyat.



“Kalau terus begini bagaimana kita nak bina pemikiran rakyat yang lebih profesional dan matang jika ini dilakukan pentadbiran Anwar?,” katanya kepada FMT.

Beliau yang juga timbalan menteri sumber manusia ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) berkata, kerajaan perpaduan Anwar seharusnya lebih “berseni” dalam mentadbir negara dan tidak lagi sibuk “berpolitiking”.

“Bila dapat maklumat daripada pegawai kerajaan, kita tak boleh dedah sembarangan…tak perlu dicanang. Ini bila dedah sesuatu perkara kita minta bukti, mereka tak boleh bagi,” katanya.

Pada 5 Dis lalu, perdana menteri ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jemaah Menteri berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Muhyiddin Yassin.



Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 pada 24 Nov lalu diikuti pengumuman senarai Jemaah Menteri pada 3 Dis, lapan hari selepas pelantikannya.

Dalam pada itu, Awang yang juga Ahli Parlimen Pendang turut mempersoalkan mengapa Ketua Setiausaha Perbendaharaan Asri Hamidin direhatkan sebaik Anwar memulakan tugas di pejabat Kementerian Kewangan.

“Jelaskan mengapa KSP (ketua setiausaha perbendaharaan) dicutikan. KSP ini mengetuai perbelanjaan negara.. kalau ada salah laku boleh dibawa kepada tindakan tatatertib. Itu kaedahnya bukan kita terus beri cuti…dia (Asri) ada di situ, kita boleh minta dia beri penjelasan (jika berlaku salah laku),” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, media melaporkan Asri “hilang” dari sidang media diketuai anwar dan difahamkan pegawai kanan itu diberikan cuti.



Anwar pada sidang media hari pertama bertugas sebagai menteri kewangan pada 6 Dis lalu berkata akan ada KSP baru akan dilantik. FMT

Anwar masih bermentaliti pembangkang, bidas pemimpin PAS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker