Mahkamah tolak rayuan Najib dapatkan maklumat bank keluarga Zeti

Mahkamah tolak rayuan Najib dapatkan maklumat bank keluarga Zeti

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Najib Razak untuk mendapatkan maklumat perbankan berkaitan keluarga bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Kamaludin Md Said sebulat suara menolak rayuan Najib yang bertujuan untuk memperkukuhkan pembelaan bekas menteri kewangan itu terhadap perbicaraan rasuah membabitkan penyelewengan dana RM2.28 bilion 1MDB yang sedang berlangsung.

Najib sebelum ini merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Julai tahun lalu yang menolak permintaanya untuk mendapatkan dokumen itu.



Semasa perbicaraan 1MDB, pasukan pembelaan Najib membangkitkan kemungkinan pengawasan Bank Negara – berhubung aliran dana ke dalam akaun bank perayu – mungkin telah dikompromi oleh keluarga Zeti yang kononnya menerima bayaran daripada tokoh utama 1MDB dan ahli peniaga dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low).

Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib pagi ini mengesahkan keputusan rayuan Najib yang diputusakan oleh panel hakim yang juga terdiri daripada hakim Ahmad Nasfy Yasin dan Nordin Hassan.

Antara dokumen yang dimohon oleh Najib ialah dokumen yang didakwa menunjukkan keluarga Zeti menerima wang daripada Low, yang masih cuba dijejaki oleh pihak berkuasa Malaysia.

Najib juga antara lain memohon untuk meneliti dokumen mahkamah Amerika Syarikat berhubung pendedahan bekas pengarah urusan Goldman Sachs Tim Leissner bahawa dia merasuah beberapa pegawai 1MDB.



Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan suami Zeti, Tawfiq Ayman menafikan bahawa dia telah menerima rasuah.

Pihak pendakwaan juga dijangka memanggil Zeti untuk memberi keterangan dalam perbicaraan 1MDB terhadap Najib.

Pada perbicaraan 1MDB yang sedang berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, Najib berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion daripada firma pelaburan negara itu.

1MDB dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).



Sebelum ini semasa perbicaraan 1MDB, peguam pembelaan Najib berhujah bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan beberapa yang lain bersekongkol dengan Low dalam penyelewengan itu, dengan bekas perdana menteri itu mendakwa dia tidak mengetahui mengenainya.

Leissner telah mengaku bersalah terhadap kes berkaitan 1MDB di mahkamah AS, dan membuat pengakuan bahawa dia telah merasuah beberapa pegawai 1MDB dan orang lain.

Dia juga memberi keterangan di Mahkamah New York semasa perbicaraan jenayah berkaitan 1MDB terhadap seorang lagi bekas kakitangan bank Goldman Sachs, warga Malaysia Roger Ng.

Najib diwakili oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah.

Datuk Seri Najib Razak hari ini gagal dalam rayuannya bagi mendapatkan dokumen perbankan berkaitan bank pelaburan Goldman Sachs dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk digunakan dalam perbicaraan kesnya melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan yang menolak rayuan Najib.

Nordin, yang menyampaikan keputusan mahkamah, berkata dokumen yang diminta Najib berkaitan dakwaan dana yang diterima oleh keluarga Zeti tidak relevan dengan pertuduhan yang dihadapinya (Najib) dan dokumen itu tidak akan membantunya dalam pembelaan diri.

“Dokumen itu tidak akan membantu perayu (Najib) untuk membuktikan kekurangan pengetahuannya tentang transaksi dalam akaun banknya. Selain itu, pembelaan perayu seperti yang dikemukakan kepada saksi pendakwaan adalah beliau telah diperdaya oleh seorang yang bernama Jho Low.

Beliau berkata mahkamah juga mendapati kredibiliti Zeti, walaupun jika terbukti tidak boleh dipercayai, akan menunjukkan konsistensi atau tidak konsisten dengan fakta dan isu dalam kes Najib.

Dalam permohonannya, Najib berkata dokumen perbankan itu relevan untuk pembelaan dalam perbicaraannya bagi pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB bertujuan menunjukkan integriti Zeti sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketika itu telah terjejas serta mencabar kredibilitinya.

Mengenai permohonan Najib untuk mendapatkan keterangan saksi yang direkodkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hakim itu berkata di bawah undang-undang, kenyataan itu adalah dokumen istimewa.

Beliau berkata alasan tidak mendedahkan keterangan saksi adalah untuk mengelak bahaya sebenar terhadap saksi.

Mengenai permohonan Najib untuk mendapatkan telefon bimbit dan kata laluan bekas jurubank Sachs Goldman, Tim Leissner, hakim itu berkata barang-barang itu tidak berada dalam simpanan pihak pendakwaan dan mahkamah tidak akan bertindak sia-sia.

“Adalah keputusan sebulat suara kami bahawa tidak ada kesilapan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kedua-dua usul pemula (Najib) yang mewajarkan campur tangan mahkamah ini,” katanya sambil menambah bahawa rayuan itu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi disahkan.

Bekas Perdana Menteri itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Julai tahun lepas yang menolak dua permohonan penemuannya untuk meminta pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDBnya mendedahkan dokumen perbankan yang dikaitkan dengan keluarga Zeti atas dakwaan bahawa keluarganya didakwa menerima wang daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.

Najib memfailkan permohonan pada 24 Mac tahun lepas untuk meminta pihak pendakwaan memberikan beberapa penyata perbankan daripada syarikat termasuk Aktis Capital Singapore Pte Ltd, Country Group Securities Public Company Ltd, ACME Time Ltd (BVI), Butamba Investments Ltd dan Central Holdings Ltd, dipercayai mempunyai kaitan dengan Jho Low dan keluarga Zeti dalam kes 1MDBnya.

Beliau juga memfailkan permohonan kedua pada 7 April tahun lepas untuk mendapatkan perjanjian penyelesaian sulit antara kerajaan dan Goldman Sachs Group pada 2020 dan transkrip atau laporan forensik berhubung telefon bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, Tim Leissner.

Najib kini dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan kesnya kini didengar di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Bekas anggota Parlimen Pekan itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos tahun ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang ditemui pemberita kemudiannya berkata pihak pendakwaan akan memanggil tujuh lagi saksi termasuk Zeti untuk memberi keterangan dalam perbicaraan 1MDB sebelum menutup kesnya. Mk

Mahkamah tolak rayuan Najib dapatkan maklumat bank keluarga Zeti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker