Saya akan berkerjasama penuh dengan SPRM – Tengku Zafrul

Dana RM600b

Saya akan berkerjasama penuh dengan SPRM – Tengku Zafrul

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini berkata, tidak ada sebarang yang mahu disembunyikannya daripada pihak berkuasa berhubung isu dana bernilai RM600 bilion dikendalikan kerajaan terdahulu.

Menjanjikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dia berkata setakat ini dia masih belum dihubungi agensi berkenaan untuk diambil keterangannya.



“Setakat ini tak ada panggilan daripada SPRM. Kalau dapat panggilan sudah tentu saya akan bekerjasama. “Tak ada benda yang kita nak sembunyikan,” katanya di Kuala Lumpur.

Dia yang berkhidmat sebagai menteri kewangan dalam dua kerajaan berbeza sebelum ini dikaitkan dengan isu dana yang mungkin disalah guna PN ketika pengerusi gabungan itu, Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

Semalam portal berita The Vibes yang memetik sumber melaporkan, Tengku Zafrul dijangka dipanggil SPRM yang menyiasat cara dana berkenaan diuruskan.

Selain senator terbabit, dua nama lain yang dipetik laporan berkenaan ialah Muhyiddin sendiri, serta bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin.



Mengulas lebih lanjut, Tengku Zafrul beerkata, apa yang lebih penting ditekankan ialah pihaknya tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan isu berkenaan.

“Sudah tentu kami lebih daripada bersedia (untuk bekerjasama) jika saya mendapat panggilan (SPRM),” katanya. Mk

Saya akan berkerjasama penuh dengan SPRM – Tengku Zafrul


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa



Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker