Pendaki Meninggal Dunia Daki Bukit Positif COVID-19

Pendaki Meninggal Dunia Daki Bukit Positif COVID-19

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang didapati positif COVID-19 meninggal dunia ketika mendaki Bukit Haji Yusuf, Kampung Berapit dekat Tikam Batu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata Azlan Ahmad, 45, dari Kampung Alor Bemban, Tikam Batu, ke lokasi terbabit seorang diri jam 7 pagi.

Katanya, seorang saksi ternampak mangsa berhenti dan duduk dalam kepenatan sambil memegang dada ketika menuruni bukit itu pada pukul 11 pagi.

“Saksi itu kemudian turun ke kaki bukit untuk meminta bantuan dan sebaik kembali semula ke lokasi didapati mangsa telah terbaring tidak sedarkan diri.

“Saksi kemudian membuat panggilan kecemasan dan tidak lama selepas itu pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiba dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaidy berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan keputusan hasil ujian saringan mendapati mangsa positif COVID-19.

Jelas Zaidy hasil soal siasat mendapati mangsa tidak mempunyai masalah kesihatan dan penyakit kronik, namun hanya pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ini.

Menurut Zaidy, siasatan pihaknya di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes dikelasifikasikan sebagai mati mengejut. AA

Pendaki Meninggal Dunia Daki Bukit Positif COVID-19

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker