Covid-19: 4,094 kes baharu, 10 kematian

Sebanyak 4,094 kes positif baharu Covid-19 dengan 10 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terkini yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memaklumkan, seramai 3,281 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh sama dan menjadikan semuanya 154,299 kes pulih.

Menurut data itu, sebanyak 4,086 kes penularan tempatan dan baki lapan kes import.

Jumlah kes aktif pula dicatatkan sebanyak 43,192 dimana 303 pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 118 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Terdapat 10 kematian akubat wabak itu hari ini menjadikan jumlah yang meninggal di negara ini berjumlah 717 kes.

Leave a Reply