Menteri dari Sarawak akan dapatkan input daripada kerajaan negeri – Fadillah

Menteri dari Sarawak akan dapatkan input daripada kerajaan negeri – Fadillah

Lima menteri persekutuan dari Sarawak akan berjumpa dengan Premier Abang Johari Openg bagi mendapatkan pandangan mengenai perkara yang harus ditumpukan mereka berhubung negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata, perjumpaan yang akan diadakan hari ini juga bertujuan untuk mereka memahami situasi terkini negeri itu.

Sementara itu, beliau yang ditugaskan untuk menumpukan kepada hal ehwal Sabah dan Sarawak akan membincangkan isu-isu berkaitan MA63 dengan Abang Johari.



Fadillah berkata, beliau juga telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Armizan Mohd Ali supaya mendapatkan input daripada kerajaan Sabah mengenai perkara sama.

“Perkara-perkara berbangkit (mengenai MA63) yang boleh kita selesaikan dalam masa sebulan kita cuba selesaikan segera,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

“Mungkin ada juga beberapa perkara yang perlu dibawa ke Parlimen untuk mendapatkan kelulusan, kita akan bawa (bentang) ke Dewan Rakyat.”

Selain Fadillah, empat lagi menteri dari Sarawak terdiri daripada Alexander Nanta Linggi (Menteri Kerja Raya); Tiong King Sing (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya); Nancy Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Aaron Ago Dagang (Menteri Perpaduan Negara).



Pada 5 Dis lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, Fadillah dipertanggungjawabkan untuk menumpukan kepada hal ehwal Sabah dan Sarawak, terutamanya MA63.

Beliau juga berperanan memastikan jurang ekonomi antara rakyat di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak akan dikurangkan. FMT

Menteri dari Sarawak akan dapatkan input daripada kerajaan negeri – Fadillah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker