‘Pegawai KKM’ kaut RM7j dari ejen hartanah

‘Pegawai KKM’ kaut RM7j dari ejen hartanah

Seorang ejen hartanah wanita mengalami kerugian lebih RM7 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam menggunakan modus operandi terkini dengan menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) pada 18 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, wanita tempatan berusia 66 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan mangsa mempunyai 52 dos vaksin Sinovac dimohon atas namanya secara tidak sah dan akan dikenakan tindakan oleh KKM.

Beliau berkata, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada polis yang memberitahu mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan terdapat waran tangkap atas namanya.

“Percaya dengan perkara itu, mangsa diminta membuka tujuh akaun bank tempatan yang baharu serta menyerahkan semua maklumat akaun bank tersebut kepada suspek.

“Mangsa seterusnya diarahkan membuat transaksi pemindahan wang simpanan peribadi lebih RM7 juta ke tujuh akaun baharu dibuatnya,’’ katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, wanita itu menyedari diperdaya selepas membuat semakan dengan Bank Negara dan dimaklumkan terdapat transaksi pengeluaran tanpa pengetahuan mangsa daripada ketujuh-tujuh akaun bank baharu itu.

Katanya, mangsa yang tidak puas hati dan rasa tertipu membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. FMT

‘Pegawai KKM’ kaut RM7j dari ejen hartanah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker