Dana judi, jangan buat tuduhan persepsi – Khairuddin

Dana judi, jangan buat tuduhan persepsi – Khairuddin

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat sebarang dakwaan atau tuduhan tanpa bukti.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, lagip pun Islam tidak membenarkan membuat pertuduhan semata-mata selain melarang mencipta persepsi atas tuduhan kerana akan membentuk kesan besar kepada semua pihak.



Katanya, jika ditanya kepadanya mengenai tuduhan terhadap Perikatan Nasional (PN) berhubung isu dana dari syarikat perjudian, beliau kekal dengan prinsip “seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya”.

“Prinsip ini berteraskan keadilan Islam dan prinsip dunia undang-undang sejagat.

“Wang RM600 bilion? Dana syarikat perjudian? Hari ini ramai mula berhempas pulas menafikan tuduhan.

“Media sosial politik pula penuh dengan status menafi dan ada yang mula memaki hamun serta mencerca dan membalas tuduhan dengan tuduhan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.



Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya membayangkan dana kempen pilihan raya PN datang daipada syarikat perjudian yang terbabit dengan cabutan khas judi.

Perdana Menteri itu turut mengumumkan pembatalan keputusan kerajaan sebelum ini yang meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan daripada lapan kepada 22 kali setahun berkuat kuasa 1 Januari depan.

Menurut Dr. Mohd Khairuddin, perkara itu memberi gambaran betapa peritnya menghadapi satu tuduhan kerana ia memerlukan penafian yang panjang disebabkan persepsi telah terbentuk. MG

Dana judi, jangan buat tuduhan persepsi – Khairuddin




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j



Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker