SM Faisal berterusan pukul Emilia selama 4 tahun

SM Faisal berterusan pukul Emilia selama 4 tahun

Mahkamah Majistret hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, memukul bekas isterinya, Emilia Hanafi, selama empat tahun sejak 2011 secara berterusan.

Saksi pendakwaan keenam, Elisa Nani Hanafi, 38, berkata perkara itu dimaklumkan sendiri Emilia namun kakaknya itu meminta perkara berkenaan dirahsiakan daripada orang lain.

Elisa Nani juga mengesahkan ada menerima foto menerusi aplikasi WhatsApp daripada Emilia yang menunjukkan bukti dipukul ahli perniagaan itu pada 20 Oktober 2015.



“Selepas menghantar foto kesan lebam pada paha dan tangan bersama kad hari jadi yang diberikan oleh Emilia kepada Faisal pada jam 8 malam, saya bertanya kepada kakak apa yang berlaku.

“Emilia memberitahu Faisal tiba dari luar negara antara jam 2 hingga 3 petang. Kakak (Emilia) serta Fawwaz (anak mereka) pergi ke lapangan terbang untuk menjemput Faisal sebagai kejutan.

“Setibanya di rumah, Emilia masak makanan sihat iaitu salmon dengan sos lemon, avocado, buah zaitun dan bayam kerana tahu Faisal sedang berdiet. Apabila makanan dihidangkan, Faisal melempar pinggan ke arah Emilia dan ia berkecai.

“Faisal juga campak Emilia ke lantai beberapa kali, selain mengoyakkan kad hari jadi dan mengunci bilik tidur mereka yang terletak di tingkat tiga, supaya Emilia tidak boleh masuk,” katanya ketika membaca pernyataan saksi.



SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas di Brickfields, di sini antara jam 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang pada 22 November 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Elisa Nani berkata, talian telefon bimbit disekat mengakibatkan Emilia hanya bergantung kepada WiFi untuk menggunakan internet pada 2015.

SM Faisal juga didakwa melarang Emilia meninggalkan rumah, menyebabkan dua beradik itu hanya berkomunikasi melalui WhatsApp.



“Beberapa kisah menyenangkan dikongsikan adalah Emilia dan Faisal keluar melakukan aktiviti sebagai keluarga dan membuat projek sekolah anak, selain mengenai menu harian memandangkan kakaknya suka memasak yang menjadi antara hobinya.

“Cerita yang tidak menyenangkan ketika Faisal berada di rumah pula sebagai contoh, Emilia terpaksa mematikan telefon atau meletakkannya dalam mod senyap serta menyembunyikannya.

“Emilia memberitahu jika Faisal melihatnya menggunakan telefon, ia akan dirampas dan dicampak atau dipecahkan di atas lantai seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung 5 Januari depan. BH

SM Faisal berterusan pukul Emilia selama 4 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker