Tengku Zafrul jawab fitnah

Tengku Zafrul jawab fitnah

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Aziz berkata ketidakhadiran beliau ketika mesyuarat khas pertama Jemaah Menteri kerajaan perpaduan, semalam kerana beliau berada di Abu Dhabi atas urusan rasmi kerajaan.

Tengku Zafrul juga menafikan dakwaan yang mengatakan beliau ke di Doha, Qatar bagi menyaksikan Piala Dunia.

“Selepas mengangkat sumpah pada Sabtu, saya terus ke Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) untuk memberitahu ketua setiausaha dan pegawai mengenai urusan ini. Keesokan hari (Ahad) baru saya ke Abu Dhabi.

“Pada Isnin, saya menyaksikan perjanjian antara Petronas dan Adnoc atau Abu Dhabi National Oil Company.

“Bagi pihak Malaysia, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berangkat menjadi saksi. CEO Petronas pun ada sekali.” jelas Zafrul dalam satu video di Facebook.

Zafrul dalam kenyataan yang sama turut memaklumkan bahawa beliau akan membentangkan mengenai perjanjian ini pada mesyuarat Jemaah Menteri, esok.

Semalam, beliau dilaporkan tidak hadir ke mesyuarat khas kerajaan perpaduan di Putrajaya.

Awal hari ini, FMT melaporkan Agong dan Tengku Zafrul antara saksi perjanjian bersejarah Petronas dan syarikat minyak UAE, Adnoc.

Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petronas, telah menandatangani perjanjian bersejarah dengan Adnoc untuk meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 meliputi kawasan konsesi seluas 2,000km persegi di wilayah Al Dhafra. FMT

Tengku Zafrul jawab fitnah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker