Prestasi memuaskan punca kontrak Azam Baki dan Idrus Harun disambung

 

Prestasi yang memuaskan membuat kerajaan bersetuju menyambung tempoh perkhidmatan Azam Baki serta Idrus Harun masing-masing di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

Ditanya mengenai alasan pelanjutan khidmat Azam hari ini, Anwar Ibrahim berkata memang sebelum ini ada isu yang dikaitkan dengan pegawai kanan terbabit.

Pun begitu kata perdana menteri kerajaan sekarang berpendapat mereka berkhidmat dengan baik selepas diberi “kelonggaran” untuk menjalankan tugas masing-masing.

“Dia (Azam) dilantik oleh PM Pagoh (Muhyiddin Yassin), dan walaupun ada isu dari segi kerja yang dibangkitkan dulu, saya tengok, dan saya bagi kelonggaran kepada SPRM dan kepada Peguam Negara (Idrus) untuk menjalankan tugas.

“Setakat yang saya lihat, mereka telah menjalankan tugas dengan memuaskan,” katanya.

Tambah Anwar Azam pula menjalankan tugas tanpa memilih “puak” atau “parti” di SPRM.

Langkah itu kata Anwar menyaksikan agensi antirasuah tersebut menyerbu dan menggeledah pejabat-pejabat menteri.

Anwar berkata demikian semasa ditemui media selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker