Pelakon wanita ditahan positif dadah

Pelakon wanita ditahan positif dadah. Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pelakon berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 9.15 malam ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Chalet di sini.

“Pelakon itu dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal dan mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Artikel berkaitan : Artis kantoi dadah tu Zarina Anjoulie? Janji akan jawab selepas pulun ‘review’

Beliau berkata, bagaimanapun pelakon itu dilepaskan dengan jaminan polis.

Ujarnya, polis menegaskan bahawa sebarang aktiviti berkaitan penyalahgunaan dadah merupakan satu kesalahan undang-undang.

Pelakon wanita ditahan positif dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak rasa malukah Muhyiddin, soal Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker