Sistem kupon untuk beli minyak masak peket
Sistem kupon untuk beli minyak masak peket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) bercadang memperkenalkan sistem kupon kepada golongan B40 serta peniaga kecil dan sederhana untuk membeli minyak masak peket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun cadangan itu akan dibincangkan secara lanjut dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), minggu depan.
Katanya, jika ia dipersetujui, pihaknya akan meneliti dan mengemaskini data golongan yang layak untuk menikmati sistem kupon berkenaan.
“Melalui seisi libat urus dengan pemain industri minyak masak dan wakil persatuan pengilang, hari ini mereka turut bersetuju untuk mengekalkan 60,000 tan metrik minyak masak sebulan untuk peket bersubsidi satu kilogram.
“Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga telah membentangkan cadangan harga dua peringkat membabitkan harga jualan tempatan dan luar negara termasuk polisi dan mekanisma pelaksanaannya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Menteri bersama MPOB dan Pemain Industri Minyak Masak di sini, hari ini yang turut disertai Ketua Setiausaha KPDNKSH Datuk Azman Mohd Yusof.
Salahuddin berkata, kementerian juga sedia maklum menegnai isu bekalan minyak masak peket yang masih berkurangan di pasaran termasuk di kawasan pedalaman.
Katanya, isu itu sedang diteliti sama ada kekurangan berlaku disebabkan ketirisan atau disalahgunakan pihak tertentu.
Dalam pada itu, beliau berkata pemain industri memberi input positif terhadap impak harga siling bergerak, minyak masak bersubsidi dan minyak masak terpakai terhadap bekalan di pasaran.
“Ia sangat berguna dan akan dicerakin dengan lebih terperinci sebelum sesuatu keputusan dan polisi baru dibangunkan,” katanya. HM
Sistem kupon untuk beli minyak masak peket
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi ‘penjilat’ Anwar – Wan Saiful
- 5 perkara yang sedang diteropong Anwar
- Sukar lupakan kisah manusia ditelan ular sawa
- Agong, Zafrul saksi perjanjian bersejarah Petronas dan syarikat minyak UAE
- Lebih baik PN berhenti berangan, nasihat Rafizi
- Anwar batal kelulusan projek tebatan banjir RM7 bilion
- BN belajar daripada kesilapan – Zahid
- Jangan cabar saya, Anwar beritahu Muhyiddin
- Terima kasih Menteri Luar, Wisma Putra – Norzie Pak Wan Chek
- Selamat Tinggal Muhyiddin, Jeffrey Kitingan sahkan STAR tinggalkan PN secara rasmi
- BN, PH lapor polis kenyataan ‘kerajaan luar tabii’ Sanusi
- Ah Long hantar konco serang lelaki di hospital, rampas kereta mahal
- Lelaki kahwini 20 wanita termasuk anak sendiri mengaku dirinya Nabi
- Tak cakap pun nak nikah – Ogy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j
Jangan berani sentuh Messi – Tyson