Kes gaduh, 4 pelajar ditahan

Kes gaduh, 4 pelajar ditahan

Empat pelajar sekolah ditahan polis semalam selepas dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan berhampiran sebuah sekolah di Kajang, seperti yang tular di media sosial.

Suspek yang berusia antara 15 hingga 16 tahun itu ditahan kira-kira jam 8.50 malam oleh sepasukan anggota Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima laporan petang semalam daripada seorang pelajar yang memaklumkan dia dan rakannya telah dipukul sekumpulan pelajar sekitar jam 12.30 tengah hari pada hari yang sama.

Katanya, ia rentetan kejadian pada Rabu lalu apabila pengadu berselisih faham dengan rakan suspek kerana didakwa mencampakkan wang ketika ingin membeli minuman di kantin pada waktu rehat di sekolah berkenaan.

“Perselisihan faham itu berlarutan apabila kedua-dua pihak telah bertumbuk akibat tidak berpuas hati. Suspek bertindak meminta bantuan daripada rakan rakan sekolah lain untuk membalas dendam terhadap pengadu,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, semakan mendapati video yang dikesan tular itu adalah kejadian kelmarin dan semalam, melibatkan dua lokasi berlainan berhampiran dengan sekolah terbabit.

“Pemeriksaan ke atas pengadu dan mangsa mendapati kedua-duanya mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan badan.

“Semua tangkapan adalah remaja bawah umur bersekolah di sekolah sama dengan pengadu. Polis masih mengesan beberapa individu disyaki terlibat bagi membantu siasatan. Perintah reman akan dipohon di Mahkamah Bandar Baru Bangi hari ini,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Insp Suresh Krishnan di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan,” katanya. FMT

Kes gaduh, 4 pelajar ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker