Selamba Aje Keluarkan Alat Sulit, Pemain Bola Tak Sedar Aksi Kencing Tepi Padang Dirakam

Selamba Aje Keluarkan Alat Sulit, Pemain Bola Tak Sedar Aksi Kencing Tepi Padang Dirakam

BEKAS pemain bola sepak Amerika Syarikat (AS) DaMarcus Beasley membuat 126 penampilan untuk negaranya sejak tahun 2001 hingga 2017.

Namun sepanjang kerjayanya, dia paling diingati kerana detik memalukan selepas aksi kencing di tepi padang menjadi tontonan umum.



Menerusi kejadian pada tahun 2002 ketika AS menentang Mexico semasa Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan, Beasley hanya diletakkan di bangku pemain simpanan.

Beasley pada waktu itu selamba mengeluarkan alat sulitnya dari sisi seluar pendek sebelum kencing di kawasan bangku pemain simpanan yang terletak bersebelahan padang.

Lebih memalukan, dia tidak sedar kamera sedang dihalakan ke arahnya sehingga video tersebut menjadi bualan ramai.

Tindakan Beasley juga dipersoalkan memandangkan dia tidak beraksi dalam perlawanan, sekali gus mempunyai banyak masa untuk ke tandas pada waktu itu.



Biarpun sudah lama berlalu, rakaman video Beasley tetap akan diulang tayang, khususnya apabila Piala Dunia diadakan.

Kini, video itu sekali lagi tular ketika Piala Dunia 2022 sedang diadakan di Qatar.

Untuk rekod, Beasley bermain untuk negaranya pada Piala Dunia 2006, 2010 dan 2014, menjaringkan 17 dalam 124 penampilan antarabangsanya.

Beasley bersara pada 2019 selepas lima tahun bersama Houston Dynamos, manakala dia bersara daripada pasukan AS pada 2017. – Daily Star.



Selamba Aje Keluarkan Alat Sulit, Pemain Bola Tak Sedar Aksi Kencing Tepi Padang Dirakam

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker