Lima ‘Otai UMNO’ jadi pilihan Anwar dalam kabinet
PUTRAJAYA – Seramai Otai dalam UMNO dilihat menjadi pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diterajui beliau.
Perdana Menteri pada satu sidang akhbar di Perdana Putra di sini hari ini berkata, posisi Timbalan Perdana Menteri juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan diisi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik menjadi Menteri Pertahanan manakala posisi Menteri Pendidikan Tinggi akan dijawat oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
“Jawatan Menteri Undang-undang dan Transformasi Industri akan diisi oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dilantik menjadi Menteri Luar Negeri,” katanya.
Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil sebelum ini dilaporkan berkata, keputusan BN menyertai Kerajaan Perpaduan adalah kerana akur dengan titah Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau berkata penyertaan itu perlu dilakukan kerana keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu menyaksikan tiada parti gabungan yang mempunyai cukup bilangan kerusi bagi menubuhkan kerajaan secara bersendirian
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azhar kosongkan kerusi Speaker
- Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Isnin – Anwar
- Tak salah pilih Watie – Shuib
- Dua lelaki ‘gatal’ ditahan cuba cabul pelancong [VIDEO]
- Kanye West bangga video seks dengan Kim Kardashian
- Shah Rukh Khan tunai umrah
- Jangan ulangi lantikan menteri kewangan tidak kompeten seperti 22 bulan lalu
- Setahun jadi doktor palsu lakukan pelbagai pembedahan akhirnya ‘kantoi’
- Keluarga Pengantin Perempuan batalkan perkahwinan kerana gagal dapat geran rumah [VIDEO]
- Pemain JDT tolak panggilan skuad Harimau Malaya, ‘mereka bukan mesin’ – TMJ
- Serangan buaya, bapa parah anak hilang
- Rogol remaja, Ustaz Fathi Na’im didakwa lagi
- Najib masuk HKL
- Giliran Ronnie Liu mohon maaf pada BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi