NADMA, agensi penyelamat dikerah bantu mangsa banjir – PM

NADMA, agensi penyelamat dikerah bantu mangsa banjir – PM

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi penyelamat telah dikerah bagi kerja-kerja memindahkan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan sejak semalam, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) juga sedang melakukan kerja-kerja menyelamat di kawasan terjejas bagi memastikan proses pemindahan mangsa berjalan lancar.

“Angkatan Tentera Malaysia melalui Briged Kelapan Infantri Malaysia juga telah diatur gerak membantu mangsa di kedua-dua negeri. Ramai yang terjejas sedang diselamatkan dan dibawa ke tempat yang lebih selamat,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Pada masa sama, Ismail berkata, beliau juga telah mengarahkan NADMA memastikan kit makanan mencukupi di PPS selain Kementerian Kesihatan turut membantu dalam memastikan pencegahan penularan Covid-19 dilaksanakan di pusat pemindahan.

Perdana Menteri turut meminta mangsa banjir mengikuti langkah-langkah keselamatan dan berpindah ke PPS atau tempat yang selamat untuk keselamatan diri dan keluarga.

“Sama-sama kita doakan agar keadaan banjir segera pulih dan mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing,” katanya.

Setakat pagi tadi, banjir di kedua-dua negeri terus mencatat peningkatan dan seramai 4,335 orang daripada 1,287 keluarga dilaporkan berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu manakala 3,222 orang daripada 1,034 keluarga di PPS Kelantan.

Dalam pada itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggerakkan tiga pasukan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu, kata Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin dalam hantaran di laman Twitternya, memaklumkan Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dikerah ke Rantau Panjang, Kelantan manakala Batalion ke-16 RAMD dan Rejimen Kelima Artileri Diraja (RAD) masing-masing ke Hulu Terengganu dan Besut di Terengganu.

“Markas ATM beri perhatian penuh terhadap situasi banjir di Kelantan dan Terengganu ketika ini, ATM akan usaha sebaiknya bagi membantu setiap mangsa banjir di sana,” katanya.

Setakat pagi tadi, banjir di kedua-dua negeri terus mencatat peningkatan dan seramai 4,335 orang daripada 1,287 keluarga dilaporkan berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu manakala 3,222 orang daripada 1,034 keluarga di PPS Kelantan. FMT

NADMA, agensi penyelamat dikerah bantu mangsa banjir – PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker