Jerman hipokrit, potret Ozil bayangi aksi Jerman-Sepanyol

Jerman hipokrit, potret Ozil bayangi aksi Jerman-Sepanyol

Jerman dipalit kontroversi apabila ketua jurulatih mereka, Hansi Flick membuat keputusan tidak menghantar pemain memasuki sidang akhbar sehari sebelum perlawanan kedua Kumpulan E, menentang Sepanyol semalam.

Kontroversi tidak terhenti di situ, ketika perlawanan berlangsung, laungan ‘Jerman hipokrit’ bergema di Stadium Al Bayt.

Sekumpulan penyokong dilihat memegang gambar bekas bintang negara itu, Mesut Ozil yang didakwa tidak diberi layanan baik hanya kerana berketurunan Turki.

Pemain Jerman sebelum ini dikritik gara-gara memprotes tindakan badan bola sepak dunia, FIFA mengharamkan lilitan kapten ‘OneLove’ pelangi pada Piala Dunia.

Semua 11 pemain mereka meletakkan tangan di mulut ketika bergambar sebelum menentang Jepun, Rabu lalu.

Flick mendakwa keputusan tidak menghantar pemain ke sidang akhbar semata-mata atas sebab bola sepak.

“Kami mengharungi perjalanan tiga jam hanya untuk datang dan bercakap di sini, jadi saya lebih suka pemain mengisi semula tenaga mereka.

“Kami mempunyai kemudahan hebat untuk mengadakan sidang akhbar (di pangkalan pasukan) tetapi mereka tidak membenarkan kami bercakap di sana, jadi saya memutuskan untuk datang sendiri,” katanya kepada akhbar Marca.

Ramai membuat spekulasi itu hanyalah alasan untuk memastikan Jerman tidak dikenakan hukuman oleh FIFA kerana mereka antara yang paling lantang menentang penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar de­ngan mengkritik isu LGBT dan hak asasi manusia. Utusan

Jerman hipokrit, potret Ozil bayangi aksi Jerman-Sepanyol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker