Penceramah mengaku tak salah tuduhan rogol remaja

Penceramah mengaku tak salah tuduhan rogol remaja

Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang, terhadap sembilan pertuduhan seksual termasuk merogol seorang remaja bawah umur, dalam kejadian antara Jun 2021 hingga Februari lalu.

Tertuduh, Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 30, membuat pengakuan itu selepas sembilan pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.



Mengikut tujuh pertuduhan, bapa kepada lapan anak itu didakwa merogol remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun dan bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Menurut Utusan Malaysia, Fathi yang mempunyai tiga isteri turut didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa sama mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan objek terhadap remaja berkenaan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan boleh sampai 30 tahun serta sebatan.



Semua perbuatan itu didakwa dilakukan dalam sebuah kereta Toyota Vellfire di kawasan tempat letak kereta di surau dan sebuah hotel, di sekitar Bandar Puncak Alam antara Jun 2021 hingga Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan melarang tertuduh mendekati dan menghubungi mangsa secara fizikal atau komunikasi lain.

Peguam Samry Masri mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan berikutan anak guamnya memerlukan perbelanjaan bagi rawatan penyakit “slip disc” (tulang rawan tergelincir).

“Anak guam saya mempunyai tiga isteri dan lapan anak berusia satu hingga 11 tahun yang memerlukan perhatian selain turut menanggung kedua ibu bapanya.



“Sebelum ditahan, pekerjaan utama tertuduh adalah penceramah bebas, namun punca pendapatannya hilang selepas kesnya tular,” katanya.

Mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 bersama seorang penjamin dan tertuduh melaporkan diri di balai polis setiap bulan selain tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Jan depan.

Pada 19 Julai lalu, dilaporkan seorang penceramah bebas bergelar ustaz dicekup selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Selangor. FMT



Penceramah mengaku tak salah tuduhan rogol remaja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?



Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker