Cikgu mogok tuntut kenaikan gaji

 

BUDAPEST – Beberapa kesatuan sekerja mewakili guru-guru di Hungary memfailkan petisyen kepada Kementerian Dalam Negeri di Budapest untuk mendesak kerajaan agar segera menambah baik sistem pendidikan dan menaikkan gaji mereka, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Guru, ibu bapa dan  pelajar di Hungary telah melakukan demonstrasi selama berbulan-bulan.



Kerajaan negara itu menutup Kementerian Pendidikan dan meletakkannya di bawah Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh seorang bekas pegawai polis.

Selepas memfailkan petisyen kelmarin, beribu-ribu guru berarak ke Parlimen.

Menurut seorang guru yang terlibat, mereka menuntut kebebasan pendidikan, kementerian pendidikan yang berdiri sendiri serta kenaikan gaji.

Sekiranya gaji tidak dinaikkan, mereka bimbang tiada golongan muda yang mahu meneruskan tugas untuk mendidik anak bangsa.



“Kami melakukan demonstrasi kerana sistem pendidikan Hungary bukan lagi  sistem yang baik. Ia berada dalam keadaan kucar-kacir dan memerlukan pembaharuan radikal serta menyeluruh,” kata seorang guru lain.

Sementara itu, Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban berkata, kerajaan hanya akan menaikkan gaji guru sekiranya Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan dana yang telah dibekukan disebabkan pertikaian mengenai sistem demokrasi negara itu.

Guru-guru di Hungary menerima gaji terendah dalam kalangan negara-negara EU lain yang berada di bawah Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Gaji guru sekolah rendah bermula kira-kira €410 (RM1,901) sebulan, manakala guru sekolah menengah dibayar €950 (RM4,406) sebulan. Ia dikatakan setaraf dengan gaji juruwang di pasar-pasar raya EU.



Kerajaan menyedari perkara itu dan menurut laporan, Budapest telah pun mempunyai rancangan kenaikan gaji kepada 80 peratus daripada purata gaji siswazah menjelang 2025.

Namun, ia terpaksa menanti dana daripada EU yang dibekukan berikutan kebimbangan mengenai gejala rasuah dan kejatuhan piawaian demokrasi negara itu.

Hungary kini mengelami masalah kekurangan guru di mana tidak ramai golongan muda mahu menyertai profesion tersebut, menjadikan 40 peratus daripada guru bertugas di negara itu berusia lebih 50 tahun. – Agensi

 



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker