Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

RAKAMAN kamera litar tertutup atau CCTV yang memperlihatkan detik-detik kemalangan membabitkan Allahyarham pelakon Vanessa Angel menjadi tular di laman sosial.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Lambe Turah Official, video tersebut disiarkan ketika perbicaaran kes melibatkan pemandu arwah, Tubagus Joddy

“Rakaman CCTV mendedahkan fakta kereta dipandu laju, melanggar penghadang jalan dan terpelanting ke arah berlawanan,” tulis di video tersebut.

Kenderaan yang dipandu oleh Tubagus atau nama sebenarnya Tubagus Muhammad Joddy dilihat sangat laju dan hilang kawalan sehingga terbabas masuk ke laluan kiri.

Kenderaan yang dipandu laju itu melanggar penghadang jalan raya sehingga menyebabkan kereta tersebut terpelanting ke arah berlawanan.

VIDEO DIBAWAH:-

Rata-rata netizen di ruang komen terkejut melihat rakaman pendek tersebut selain turut mendoakan roh arwah Vanessa dan suami tenang dan dirahmati.

Sebelum ini, pemandu arwah Vanessa iaitu Tubagus Joddy mengaku bermain telefon sebelum kenderaan yang dipandunya mengalami kemalangan.

Joddy mengakui menggunakan telefon beberapa kali sehingga berlaku kemalangan maut yang meragut nyawa Vanessa dan suaminya Febri atau Bibi Andriansyah pada 4 November tahun lalu.

Salah satu perkara yang dilakukan Joddy ialah menghubungi orang tuanya pada pukul 11.55 pagi iaitu kira-kira sejam sebelum kemalangan.

Bukan itu sahaja, Joddy juga dipercayai aktif di media sosial dan memuat naik beberapa instastory di Instagram miliknya.

Atas kecuaian itu, Joddy disabitkan di bawah Pasal 310 Ayat 2, Ayat 4 tentang UU Lalu Lintas dan Jalan Raya dan Pasal 331 ayat 5 tentang kelalaian menyebabkan Vanessa Angel meninggal dunia.

Vanessa dan Febri meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November tahun lalu.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan

Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker