Biodata Artis Nabila Huda Suhaimi. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Nabila Huda Suhaimi. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Nabila Huda Suhaimi. Profail dan Latar Belakang.

Nabila Huda Suhaimi (lahir 2 Disember 1984) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis, merupakan anak sulung kepada legenda rock terkenal Amy, vokalis kumpulan Search. Nabila memulakan kerjaya lakonan pada 2001 menerusi peranan kecil dalam Lagi-Lagi Senario (2001) arahan Aziz M. Osman. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock (2005), Akhirat (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2009), Duhai Si Pari-pari (2009), Bohsia 2: Jalan Kembali (2012) dan Gamatisme (2014).

Selain peranan lakonan dalam filem, Nabila juga terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Shikin dalam Impak Maksima the Series, Ain dalam Cinta Untuk Ain, Azarina dalam Dari Mata Arisa, Ayu dalam Teduhan Kasih dan Aurora dalam Dendam Aurora. Sepanjang kerjayanya, Nabila telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon. Menerusi persembahannya dalam Munafik, Nabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.

Kehidupan awal

Nabila Huda dilahirkan pada 2 Disember 1984 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung kepada penyanyi rock terkenal dan vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Abil mempunyai empat adik-beradik berlainan ibu—Irisha Myra (lahir 1997), Alexander Zulkarnain (lahir 2003), Sania Samara (lahir 2005) dan Qaqa At-Tameemi (lahir 2008).

Kehidupan peribadi

Nabila berkahwin sebanyak dua kali. Beliau berkahwin dengan Zaidi Zailani pada 2008 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Kesha Laila yang dilahirkan pada 2009.[46] Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2011.

Pada 25 Disember 2015, Nabila telah sah bergelar isteri sekali lagi buat kali kedua kepada Mohd Izwan Johar seorang tauke kafe hipster. Beliau menerima mas kahwin berjumlah RM300.

Nabila mendedahkan pada Ogos 2018 yang beliau sudah tiga tahun tidak bertemu dengan bapanya, Amy Search sejak 2015. Beliau turut mendedahkan mempunyai perselisihan faham dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan yang lebih dikenali sebagai Norish.

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Biodata Artis Nabila Huda Suhaimi. Profail dan Latar Belakang.
Kelahiran
Nabila Huda binti Suhaimi

2 Disember 1984 (umur 37)

Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lain Abil
Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif 2001–kini
Pasangan Zaidi Zailani (k. 2008; c. 2011)
Mohd. Izwan Johar (k. 2015)
Anak Keisha Laila
Ibu bapa
  • Amy Search (bapa)
  • Faridah Fadzil (ibu)

Biodata Artis Nabila Huda Suhaimi. Profail dan Latar Belakang.


Disyorkan Untuk Anda :

Layari Laman Facebook MYKMU


Melodi: Nabila Huda ganti Awal, Janna?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker