Melodi: Nabila Huda ganti Awal, Janna?

Melodi: Nabila Huda ganti Awal, Janna?

Kuala Lumpur: – “Awal rasa tidak ada orang yang lebih layak melainkan awak (Nabila Huda).”

Itu kata pengacara Awal Ashaari yang seolah-olah memberi bayangan bahawa pelakon Nabila Huda bakal menjadi pengacara program Melodi sekali gus dikatakan akan menggantikan dia dan Janna Nick.

Awal menerusi hantaran di Instagram Story miliknya turut mengusik Nabila yang bakal sibuk dengan kerja pada setiap hujung minggu selepas ini.

Katanya lagi, dia turut melahirkan rasa bangga dengan aktres terbabit.

“”Saya bangga dengan Cik Abil (Nabila). Ada seminggu ja lagi nak dating dengan Cik Bert (suami Nabila) dan Keisha (anak) puas-puas, lepas ini mummy dia sibuk hujung minggu,” tulisnya.

Semalam, Awal menerusi siaran langsung program Melodi seakan-akan meninggalkan tanda tanya apabila mendakwa minggu ini bakal menyaksikan episod terakhir mereka sebagai pengacara.

Malah penerbit program Melodi, Noradillah Abdullah memaklumkan satu sidang media khas bakal diadakan dalam waktu terdekat bagi menjawab persoalan mengenai status kedua-dua pengacara berkenaan.

Melodi yang bersiaran secara langsung pada setiap Ahad, jam 12 tengah hari di TV3 dihoskan oleh Awal dan Janna. HM

Melodi: Nabila Huda ganti Awal, Janna?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker