Kerjasama PH-BN lebih menguntungkan Umno – penganalisis

Kerjasama PH-BN lebih menguntungkan Umno – penganalisis

Kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dilihat tidak menguntungkan Umno berbanding gabungan BN dengan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat saling melengkapi dan menguntungkan kedua-dua pihak, kata penganalisis.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor, berkata kerjasama antara PN-BN dilihat tidak menguntungkan dan berfungsi (functional) kepada Umno dalam jangka masa panjang disebabkan oleh pertindihan demografi yang sama antara Umno, PAS dan Bersatu.



Akibatnya, kata Nadzri, jika satu parti dapat sokongan yang tinggi, ia beri kesan kepada parti Melayu lain. Populariti PAS dan Bersatu di kawasan majoriti Melayu pada lewat ini, beri kesan besar kepada Umno.

“Melainkan kawasan-kawasan ini dibahagi dengan adil tetapi sukar sebenarnya. Maka pakatan sesama parti-parti ini tidaklah begitu menguntungkan dan fungsian, khasnya dalam jangka masa panjang.

“Parti-parti ini bukan sahaja merebut kawasan yang sama, tetapi juga tidak menambah kekuatan di kerusi-kerusi lain di kawasan campuran dan bukan Melayu,” katanya di Facebook.

Katanya, keadaan itu berbeza sekiranya BN menjalinkan kerjasama dengan PH kerana tidak berlaku pertindihan kawasan pilihan raya antara kedua-dua gabungan tersebut malahan lebih melengkapi, strategik, dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.



“Lagi pula, PH dari sudut ideologi adalah tengah (centrist)-kiri, manakala BN pula tengah-kanan. Ini adalah lebih sesuai berbanding PN yang lebih jauh ke kanan,” katanya.

Bagaimanapun, Nadzri berkata, kerjasama BN dan PH mempunyai risiko besar terhadap Umno kerana ia mungkin tidak dipersetujui serta ditolak oleh akar umbi dan orang Melayu sendiri.

“Apa pun, sama ada BN bersama PH atau PN ada kurang lebihnya dari segi yang berbeza.

“Walaupun BN kini adalah kumpulan minoriti, tetapi masih signifikan dalam mencatur kuasa. Jika dilakukan dengan baik, ia boleh boleh terus mandiri meskipun dalam keadaan yang semakin sukar buat parti itu kini,” katanya. FMT



Kerjasama PH-BN lebih menguntungkan Umno – penganalisis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO



UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker