Jangan ‘double standard’, bonus pekerja swasta juga wajar dapat pelepasan cukai – MTUC

Jangan ‘double standard’, bonus pekerja swasta juga wajar dapat pelepasan cukai – MTUC

Kerajaan sepatutnya memperluaskan pelepasan cukai bagi ‘bonus’ pekerja swasta sebagai jaminan tidak berlakunya “double standard”, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Setiausaha agungnya, Kamarul Baharin Mansor, berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang memberi pelepasan cukai untuk bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam, di Kuching, semalam.

Katanya, apa diumumkan Anwar suatu langkah wajar dalam memahami kepayahan dihadapi pekerja, namun ia juga wajar diperluaskan kepada semua pekerja termasuk sektor swasta.

“MTUC melihat perkara ini (memperluas pelepasan cukai) sebagai satu langkah kecil daripada kerajaan, namun memberi kesan besar kepada pekerja.

“Dengan ini, tiada lagi soal (layanan) ‘double standard’ kerajaan antara penjawat awam dan swasta,” lapor Berita Harian.

Kamarul berkata, pelepasan cukai itu membolehkan pekerja membelanjakan wang untuk merancakkan ekonomi negara.

“Bonus adalah penghargaan majikan kepada pekerja dan ia amat dinantikan setiap tahun oleh pekerja yang berdepan kepayahan berkhidmat di pelbagai sektor dan industri dalam negara

“Jadi, adalah wajar bagi kerajaan memberi pelepasan cukai untuk mengiktiraf sumbangan pekerja ini,” katanya. FMT

Jangan ‘double standard’, bonus pekerja swasta juga wajar dapat pelepasan cukai – MTUC

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker