Wanita sesat selepas mendaki di Taman Botani

Sebaran :

GEORGETOWN: Seorang wanita dikhuatiri sesat ketika melakukan aktiviti pendakian di Taman Botani, Jalan Kebun Bunga, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.04 petang semalam, mangsa yang dikenali sebagai Dewi, dipercayai gagal menemukan jalan keluar selepas kira-kira dua jam mendaki kawasan tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, mangsa bagaimanapun dapat dihubungi melalui panggilan telefon dan turut menghantar lokasi melalui aplikasi WhatsApp kepada Komander operasi.

“Operasi pencarian pada waktu malam diteruskan dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS), pasukan polis dan juga orang awam yang mahir dengan laluan pendakian di bukit tersebut, namun sehingga pukul 2 pagi tadi mangsa masih belum ditemui.



“Komander operasi membuat keputusan untuk menangguhkan sementara operasi pencarian pada pukul 2.15 pagi kerana tiada petunjuk lokasi mangsa berada pada ketika ini,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap tersebut memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat disambung semula pada pukul 8 pagi ini dan Pos Kawalan Bomba (PKB) telah dibuka di lokasi kejadian.

Wanita sesat selepas mendaki di Taman Botani


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.