10 cawangan Shake Shack akan dibuka di Malaysia

10 cawangan Shake Shack akan dibuka di Malaysia

Shake Shack Inc. dan pemegang lesen SPC Group telah mengembangkan perkongsian dan merancang untuk membuka 10 cawangan Shake Shack di Malaysia menjelang 2031.

Ketua Pegawai Pelesenan Global Shake Shack, Michael Kark berkata, pihaknya terpesona dengan keghairahan peminat di seluruh dunia dan teruja untuk mengumumkan perkembangan akan datang di Asia Tenggara.

“Ini merupakan negara keenam kami di Asia, dan bersama-sama SPC Group, kami menjangka akan mempunyai lebih daripada 45 cawangan Shake Shack merentas Korea, Singapura dan Malaysia menjelang 2031,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Naib Presiden SPC Group Korea, HeeSoo Hur berkata, SPC Group dan Shake Shack telah mewujudkan perkongsian jangka panjang yang telah membawa 28 cawangan Shack ke Korea dan Singapura sepanjang lima tahun yang lalu.

“Kami mengalu-alukan peluang untuk mengeratkan hubungan dan membawa misi jenama iaitu Stand for Something Good ke Malaysia,” ujarnya.

Perjanjian baharu itu meningkatkan jumlah cawangan Shake Shack dalam kontrak dengan SPC Group kepada 45 menjelang 2031.

SPC Group ialah syarikat makanan global terkemuka yang berpangkalan di Korea Selatan dengan 30 jenama dan lebih 7,000 kedai di seluruh dunia. Utusan

10 cawangan Shake Shack akan dibuka di Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker