Ahli UMNO/BN Arau Pegang Janji Sebagai Pendukung Parti – Rozabil

#PRU15

Ahli UMNO/BN Arau Pegang Janji Sebagai Pendukung Parti – Rozabil

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman memaklumkan beliau akan berjumpa seramai mungkin rakyat di kawasan ini bagi memperkenalkan dirinya menjaga amanah kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Beliau percaya bahawa dengan gerak kerja yang dilakukan oleh jentera akan memberikan impak terbaik dalam memenangi hati pengundi.

“Sekarang ni saya rasa sejuk sangat, tak rasa panas lagi… ketika berkempen ini kita jumpa seramai yang boleh untuk merayu undi, saya akan teruskan usaha dari segi sama ada lawan kuat atau tidak itu letak ke tepi.

“… yang penting kempen berjumpa dengan seramai mungkin pengundi dapat saya buat dengan baik malah melihat dengan kekuatan jentera saya pasti kita akan mencapai kemenangan pada PRU15 ini.

“Sepanjang kempen ini juga sambutan amat baik malah ramai orang telah faham dengan situasi yang berlaku di Arau walaupun pada mulanya nampak sedikit kekeliruan tetapi saya amat bangga dengan ahli-ahli UMNO di Arau kerana mereka masih memegang janji sebagai ahli kuat UMNO/BN,” katanya.

Rozabil pada masa sama turut berharap rakyat untuk kembali memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada BN untuk mengemudi negara ini.

Katanya ini kerana hanya kerajaan yang kukuh dan stabil sahaja berupaya mentadbir negara ini dengan sebaiknya tanpa ada gangguan daripada parti lain yang menggugat keabsahan kerajaan .

“Saya tahu rakyat memahami apa yang terjadi ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) 22 bulan, mereka mahukan perubahan dan dengan pengalaman yang ada kerajaan di bawah BN bagi saya inilah satu-satunya kerajaan yang boleh menjaga kebajikan.

“Pada pembentangan Belanjawan 2023 lalu saya nampak banyak kemudahan, peruntukan yang diberikan kepada seluruh masyarakat di dalam negara kita paling penting dalam menjaga hak kebajikan rakyat.

“Saya selalu percaya mempunyai kerajaan stabil, ekonomi negara kuat dapat membuat polisi dengan kadar segera tidak perlu bergaduh, untuk dapat kelulusan di Parlimen jadi itu yang perlu kita capai,” ujar beliau.

Untuk rekod, Rozabil pada PRU15 ini akan berdepan dengan saingan tiga penjuru iaitu calon daripada PH dan Perikatan Nasional. – UMNO Online

Ahli UMNO/BN Arau Pegang Janji Sebagai Pendukung Parti – Rozabil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker