Jentera PN tercungap kayuh basikal

Oleh Azrin Muhammad

DR. Afif Bahardin perlu melantik pasukan gaya hidup sihat bagi menggantikan pasukan sedia ada termasuk dirinya agar objektif program dapat dicapai dengan lebih jelas.

SHAH ALAM – Berkayuh dalam acara Bersih & Stabil, calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Afif Bahardin dilihat tercungap-cungap sepanjang program berkenaan walaupun berbasikal secara santai dari Seksyen 9 hingga ke Pasar Awam Seksyen 6, awal pagi tadi.

Usaha berkenaan dilakukan semata-mata mahu memancing undi dalam kalangan komuniti setempat memandangkan salah satu manifesto yang dilancarkannya semalam menyentuh keperluan generasi muda mengamalkan gaya hidup sihat.

Namun jentera yang mengiringi beliau dalam acara yang berkonsepkan gaya hidup sihat itu agak tidak sesuai kerana disertai golongan yang tidak mencerminkan objektif program berkenaan kerana kelihatan longlai.



Afif sepatutnya mencari dan melantik mana-mana agensi kesihatan yang mampu menjadi ikon kesihatan agar mata yang memandang sudah boleh memahami mesej yang mahu disampaikan ketika berkempen.

Untuk menjadi wakil rakyat, idea sahaja tidak mencukupi kerana seorang ahli Parlimen perlu mempunyai elemen menarik luaran dan dalaman bagi menaikkan aura sebagai seorang pemimpin yang berpewatakan menarik, selain daripada berkebolehan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker