Malaysia ke final Piala Sultan Azlan Shah

 

IPOH – Impian tuan rumah, Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah ke-29 tercapai selepas membenam Jepun 4-2 sebentar tadi.

Memerlukan hanya seri untuk menempah pertemuan dengan Korea Selatan pada Khamis ini, anak buah Arul Selvaraj sebaliknya mempamer persembahan bertenaga untuk mengenepikan cabaran Jepun pada perlawanan di Stadiuan Azlan Shah di sini.



Penjaga gol, Hafizuddin Othman menjadi watak utama di sebalik kejayaan skuad Speedy Tigers apabila menyelamatkan sembilan pukulan sudut penalti serta penalti strok pada mini ke-38.

Seperti ketika menentang Afrika Selatan semalam, tuan rumah menyerbu garang ke kubu lawan dan berjaya memperolehi dua gol di minit ke-7 dan ke-8 melalui kuisan kencang Razie Rahim.

Bagaimanapun Jepun merapatkan jurang melalui pukulan sudut penalti ke-empat oleh Kaito Tanaka pada minit ke-22.

Nik Aiman Rozemi meletak kembali Malaysia pada kedudukan selesa sejurus suku kedua bermula pada minit ke-31.



Jepun yang tidak berputus asa, merapatkan kedudukan menjadi 3-2 apabila Shota Yamada menyempurnakam pukulan sudut penalti pada minit ke-34.

Namun Norsyafiq Sumantri melegakan ribuan penyokong Malaysia dengan gol keempat untuk melenyapkan cabaran Negara Matahari Terbit itu beberapa saat saingan suku akhir keempat berlangsung.

Terdahulu, Korea Selatan menumpaskan Afrika Selatan 2-1 selepas mendahului 1-0 pada separuh pertama.

Jeon Byungjin menjaring kedua-dua gol Korea Selatan pada minit ke-26 dan ke-32 dan Bradley Sheerwood merapatkan jurang pada minit ke-40.



Manakala, Pakistan mencatat kemenangan pertamanya apabila menumpaskan Mesir 4-1.

Pakistan mendahului 4-0 melalui jaringan Abdul Rana, Muhammad Sufyan khan (dua gol) dan Arshad Liaqat.

Dengan kemenangan itu, anak buah Aikman Siegfried melonjak ke kedudukan keempat untuk layak bermain perlawanan penentuan tempat ketiga

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’



Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker