BN akan pisahkan jawatan dan fungsi Peguam Negara dengan Pendakwa Raya, tiada lagi konflik kepentingan

Gambar Hiasan***

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) berhasrat untuk memisahkan jawatan dan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya sebagai usaha menghapuskan konflik kepentingan.

Perkara itu terkandung dalam dokumen Perancangan Amal dan Usaha (Padu) yang merupakan tawaran BN sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam pada itu, BN berjanji untuk mengkaji penurunan sebahagian bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Negeri bagi meningkatkan kecekapan serta mengukuhkan semangat kedua-dua belah kerajaan.

Selain itu, BN berhasrat untuk mewujudkan kuota belia sebagai senator dalam Dewan Negara dan mahu mengesyorkan penggunaan teknologi block chain ke arah mewujudkan sistem pengenalan dan identiti diri tunggal dan bersepadu.



Malah, BN mahu mengiktiraf Institusi Integriti Malaysia sebagai sebuah suruhanjaya bebas bagi mengukuhkan etika dan integriti institusi awan dan masyrakat.

“Mengambil tindakan susulan pembentangan laporan oleh pasukan bertindak khas kes Batu Putih dan buku bekas Peguam Negara (Tan Sri Tommy Thomas),” jelas dokumen itu.Peguan Ne

Sementara itu, BN berjanji untuk menyemak dan menambah baik semua skim kebajikan veteran tentera, polis dan pasukan beruniform lain serta membantu mereka meningkatkan akses kepada peluang pekerjaan dan keusahawanan demi persaraan bermaruah.

BN juga merancang untuk menyediakan rumah mampu milik mencukupi untuk rakyat serta memperbanyakkan program rent to own.



Di bawah strategi baharu mengandakan Pelaburan Langsung Asing (FDI), BN akan melakukan reformasi menyeluruh undang-undang dan peraturan imigresen dengan memperkenalkan pelbagai jenis visa bagi menarik pelabur, bakat terbaik dan pekerja mahir untuk tinggal, bekerja dan menetap di Malaysia.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]



Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker