JAKIM kata Nutri Malt tidak layak mohon sijil halal

 

 

PUTRAJAYA: Minuman jenama Nutri Malt keluaran Carlsberg Brewery Malaysia Bhd disahkan tidak memiliki dan tidak layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi kenyataan akhbar hari ini sebagai reaksi tular membabitkan minuman itu.

Menurutnya, minuman itu tidak layak memohon SPHM berdasarkan ketetapan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 Klausa 6 (2).

“Selaku pihak berkuasa pensijilan halal Malaysia, kami menyarankan agar umat Islam memilih produk yang memiliki SPHM kerana ia dijamin halal. SPHM hanya dikeluarkan mengikut garis panduan dan perundangan berkaitan halal yang ditetapkan di negara ini,” katanya.

Katanya, semakan status halal produk atau premis makanan boleh dibuat menerusi Portal Rasmi Halal Malaysia (https://tinyurl.com/yujuuxch), aplikasi telefon pintar SmartHalal.

Jelasnya lagi, sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh layari laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki menunjukkan minuman itu dijual di sebuah kedai serbaneka 24 jam dan diletakkan di dalam peti sejuk bersama minuman yang memiliki logo halal

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker