Shuk Sahar doakan kebahagiaan Rossa Sera

Shuk Sahar doakan kebahagiaan Rossa Sera

“Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya”.

Demikian luahan pelawak Shuk Sahar menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Tik Tok seperti berada di sebuah mahkamah bersama peguam pagi ini.



Mengenakan kemeja hitam dan bersongkok, video itu seolah-olah memberi bayangan terkini tentang status rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera yang sedang bergolak.

Bagaimana pun usaha Harian Metro untuk mendapatkan Shuk tidak berjaya apabila mesej dan panggilan tidak dijawab.

Pasangan itu buat masa ini belum memberikan kata putus mengenai status rumah tangga mereka yang menjadi persoalan umum.

Ruangan komen dibanjiri dengan kata-kata netizen mempersoalkan tindakan pelawak dan pengacara itu yang curang terhadap Sera.



“Pilihan di tangan kau Syuk, bukan Serra, kau ada pilihan untuk setia, untuk diberi dan dibuka rezeki seluasnya, tempat melampias nafsu yg halal.

“Tak nak komen apa-apa…takut jadi kat diri sendiri.. yang penting doakan baik baik semoga Allah permudahkan urusan kita.. jangan kita mudah menilai.

“Macam sedih pula tengok kau dik. Sayangnya isteri dia cantik. Jodoh, ajal ketentuan ilahi. Semoga kau akan menjadi insan yang lebih baik dik.

“Bersyukur la dengan setiap nikmat rezeki yang Allah bagi. Bila dia nak ambil semula sekelip mata saja semua boleh hilang. Terus kuat dan belajar dari kesilapan,” komen beberapa netizen.



Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, pada Selasa lalu.

“Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan.

“Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri.

“Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia,” katanya.



Terdahulu, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun. HM

Shuk Sahar doakan kebahagiaan Rossa Sera


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker