Bomba kata longkang sumbat punca banjir kilat di Shah Alam

SHAH ALAM – Beberapa kawasan di sekitar daerah ini dinaiki air selepas hujan lebat pada petang Selasa, akibat masalah longkang tersumbat.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam telah menjalankan pemantauan kira-kira jam 6 petang di lokasi Taman Sri Muda, Seksyen 25; Kota Kemuning; Seksyen 17 ke Seksyen 24 dan Seksyen 32, Bukit Naga.

Menurutnya, bagi lokasi di Taman Sri Muda, tiada risiko banjir dan kunci air Sri Muda dalam keadaan terkawal dengan pam air yang beroperasi.

“Di Kota Kemuning dan Seksyen 17 hingga ke Seksyen 24, jalan dinaiki air akibat longkang tersumbat dan tiada risiko banjir.

“Di Seksyen 32, Bukit Naga pula didapati jalan dinaiki air hingga ke paras lutut akibat longkang tersumbat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dinaiki air akibat longkang tersumbat selepas hujan lebat pada petang Selasa. Foto: JBPM Selangor
Beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dinaiki air akibat longkang tersumbat selepas hujan lebat pada petang Selasa. Foto: JBPM Selangor

 

Beliau berkata, setakat ini tiada kerja penyelamatan dibuat namun anggota bertugas menasihatkan penduduk di kawasan terbabit untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Katanya, sekiranya keadaan semakin teruk, segera hubungi pihak bomba.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker