4 Musuh Manusia Yang Perlu Diketahui

4 Musuh Manusia Yang Perlu Diketahui

Berkata Yahya bin Muaz al-Razi, “Musuh manusia itu ada tiga iaitu dunianya, syaitannya dan nafsunya. Berlindunglah daripada dunia dengan berzuhud (menjauhkan diri daripada keduniaan), berlindunglah daripada syaitan dengan kehendaknya dan berlindunglah daripada nafsu dengan meninggalkan syahwatnya.”

Tambah Yahya lagi, “Perangilah dengan empat pedang riadah (latihan jiwa) iaitu makan sekadar untuk menguatkan badan, bicara seperlunya, mengurangi tidur, dan menahan cercaan orang lain.”

Manakala Abu Laits as-Samarqandi pernah berkata,

“Sesungguhnya bagi manusia terdapat empat musuh yang memerlukan kesungguhan kamu untuk menghadapainya iaitu“

Dunia (kehidupan du

Firman Allah dalam surah Luqman: 33
“Maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya dengan kehidupan dunia.”

Nafsu

Ibnu Abbas berkata,
“Musuhmu yang paling ketat dan sangat berbahaya ialah nafsumu, dia itu berada di antara dua rusuk kamu

Syaitan dari jin

Firman Allah surah Yaasin: 60,
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak Adam supaya kamu jangan menyembah syaitan. Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu.”

Syaitan dari manusia

Hendaklah kamu berhati-hati dari mereka kerana mereka itu lebih dasyat dari syaitan kerana syaitan dari jin menyesatkan manusia hanya dengan bisikan sahaja.

Adapun syaitan dari manusia itu dengan mata yang boleh dilihat akan perkara-perkara jahat. Dan kadang-kadang mereka memberi pertolongan untuk mengerjakan yang jahat ataupun baik.

4 Musuh Manusia Yang Perlu Diketahui


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker