‘Kau langgar orang kau yang marah’

 

IPOH – Berang ditegur kerana menyebabkan kemalangan jalan raya, seorang lelaki bertindak menyerang orang awam yang membantu mangsa kemalangan di Jalan Raja Musa Aziz di sini pada Isnin.

Video kejadian sekitar jam 6.07 petang tular di media sosial itu memaparkan dua lelaki bergaduh di jalan raya berhampiran dua kereta yang rosak sambil ditenangkan seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dua laporan diterima membabitkan mangsa pergaduhan dan kemalangan jalan raya.

“Siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu suspek berusia 47 tahun melanggar kereta Toyota Camry yang dikendalikan wanita berusia 52 tahun. Punca kejadian dipercayai akibat suspek memandu di laluan bertentangan.

“Orang awam yang menyaksikan kemalangan itu tampil memberi bantuan kepada mangsa namun suspek tidak berpuas hati dengan teguran kerana dikatakan telah menyebabkan kemalangan itu.

“Suspek menyerang salah seorang daripada orang awam yang berada di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut Yahaya, suspek berjaya ditahan polis di sebuah lokasi di Jalan Lahat sekitar jam 12.10 tengah hari.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu bagi mendapatkan perintah reman.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker