Bapa laung hidup GRS di pentas kempen politik Warisan undang kekecohan [VIDEO]

KOTA KINABALU: Program ceramah Warisan di Batu Sapi, Sandakan, hari ini, kecoh selepas seorang lelaki dipercayai bapa kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Khairul Firdaus Akbar Khan muncul di atas pentas di hadapan Shafie Apdal.

Beberapa video kejadian yang dikatakan berlaku di Kampung Sundang Laut, Batu Sapi, turut tular di media sosial sejak petang tadi.

Salah satu video yang berdurasi 1 minit 36 saat menunjukkan seorang lelaki daripada Warisan melaungkan “undi Warisan” namun kemudian seorang lagi lelaki yang berada di sebelahnya melaungkan “hidup GRS”.



Shafie yang juga presiden Warisan bersama calon parti itu di Batu Sapi, Alias Sani turut kelihatan dalam video berkenaan.

Sementara itu, Khairul dalam satu kenyataan menafikan kekecohan berlaku di program berkenaan.

Katanya, dakwaan kekecohan itu hanya sentimen politik yang dimainkan pihak tertentu.

“Tidak ada kekecohan pun sebenarnya. Hanya permainan sentimen yang dijadikan isu. Saya harap kita berkempen dan mendekati rakyat secara aman dan telus.



“Usah dibangkitkan unsur atau elemen sentimen yang sensitif dan mampu mengguris mana-mana pihak,” katanya.

Beliau berkata, hubungan baik bapanya bersama Shafie juga terjalin sejak awal dan tidak bermusuh.

“Hubungan persahabatan ayah saya bersama Shafie sudah terjalin dan umpama keluarga. Tidak ada niat untuk bermusuh kerana sudah berkenalan lama,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’



Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker