Bersikap adilah pada Presiden UMNO – Tok Mat

 

SEREMBAN – Tiada sebab untuk UMNO menolak Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana beliau masih belum didapati bersalah.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masyarakat juga tidak sepatutnya menjatuhkan hukum kepada beliau selagi mahkamah belum menjatuhkan hukuman.



“Beliau (Ahmad Zahid) belum lagi didapati bersalah dan kenapa beliau tidak boleh bertanding pilihan raya melainkan jika mahkamah telah memutuskan beliau bersalah.

“Kalau beliau bersalah, kita (UMNO) yang akan menasihatkan beliau supaya tidak perlu bertanding. Tapi sekarang atas asas apa kita nak menolak beliau,” katanya ketika ditemui beramah mesra dengan orang ramai di Pasar Malam Taman Tuanku Jaafar di sini pada Selasa.

Ujarnya, semua pihak sepatutnya bersikap adil terhadap Ahmad Zahid.

 



Mogamad (duduk dua dari kiri) beramah mesra dengan orang ramai di Pasar Malam TTJ
Mogamad (duduk dua dari kiri) beramah mesra dengan orang ramai di Pasar Malam TTJ

Sementara itu katanya, Pakatan Harapan (PH) tiada modal lain untuk berkempen apabila berterusan menggunakan sentimen UMNO akan melepaskan pemimpin yang didapati bersalah sebaik saja menang pilihan raya.

“Dulu mereka kata Datuk Seri Najib Tun Razak dan sekarang Ahmad Zahid. Cuba lihat trek rekod BN ketika mentadbir dulu yang mana beberapa pemimpin besar parti dipenjarakan kerana didapati bersalah.

“Ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri pun, Najib telah dipenjarakan dan kes Ahmad Zahid tidak ditarik, masih berjalan.

Sehubungan itu katanya, orang ramai terutama orang Melayu jangan terkeliru dengan dakyah kempen PH.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]



Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker