Bunga Citra Lestari hamil?

Bunga Citra Lestari hamil?

Selebriti popular, Bunga Citra Lestari (BCL) sering menjadi sorotan media Indonesia dan setiap aktivitinya menjadi perbualan utama serta hangat terutamanya isu peribadi.

Terbaru, gambar-gambar BCL yang menampakkan perutnya agak buncit menjadi perbualan sedangkan dia dikenali sebagai individu yang aktif melakukan senaman kesihatan bagi mendapatkan fizikal menarik.



Menerusi laporan Insertlive, penampilan BCL yang mengenakan baju T putih yang dipadankan dengan seluar ‘legging’ mencetuskan spekulasi dia sedang hamil kerana perutnya jelas kelihatan besar.

Ketika itu BCL sedang menjalani sesi ujian suara untuk sebuah konsert di Medan, Sumatera.

Tanpa usul periksa, segelintir mereka percaya BCL sedang hamil dan sudah pastinya nama Aeril Noah yang dikaitkan kerana mempunyai hubungan rapat dengan penyanyi terbabit.

Pelbagai kenyataan memenuhi ruangan komen yang mengaitkan nama Ariel dengan video perut BCL yang kelihatan seperti orang hamil.



“Jangan jangan sama Ariel,” tulis seorang warganet.

“Semakin besar perutnya. Dia dengan Aeril, kan? Kita tunggu beberapa bulan lagi,” tulis seorang lagi warganet.

Bagaimanapun, sebahagian warganet menegaskan yang dari dulu perut BCL memang kelihatan seperti yang terdapat di video itu.

Mereka menganggap penampakan perut BCL itu sebenarnya biasa saja.



“Perutku kalau pakai baju seperti BCL juga nampak begini,” tulis seorang warganet.

“Iya memang dari dulu perasan perutnya begitu,” tulis yang lain pula. HM

Bunga Citra Lestari hamil?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)



Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker